Mari Belajar Membaca
Mengajar kanak-kanak membaca ada cabarannya yang tersendiri. Bukan semua individu sanggup melakukannya . Mengajar kanak-kanak membaca pun macam tu. Sentiasa ingat, kita bukan buat 'magic'.. mustahil boleh buat mereka membaca dalam sekelip mata. Jadi, ambillah masa, belajar untuk bersabar dan yang paling penting istiqamahlah. Teruskan usaha.. hari demi hari. InsyaAllah, bila lihat kesungguhan kita, Allah yang Maha Mengasihani tentu akan menunaikan hasrat kita untuk melihat anak-anak comel ini membaca.
Kaedah Yang Boleh Digunakan
Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak
apabila mengajar membaca.
1.
JANGAN ajar nama-nama huruf
contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana
anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan
mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca.
2.
JANGAN ajar anak mengeja-eja
huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua
proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan.
3.
JANGAN ajar anak mengenal bunyi
huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’
(huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca.
4.
JANGAN ajar anak menghafal
mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana
kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.
5.
JANGAN ajar huruf-huruf besar
dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak
pada peringkat awal.
Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak membaca mengikut
kaedah fonetik? Membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan proses awal berikut;
Memperkenalkan bunyi secara sistematik
1.
anak-anak perlu tahu bunyi huruf
– iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang diajarkan
2.
anak-anak perlu kenal huruf –
iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut
3.
anak-anak dapat mengaitkan huruf
yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.
Selain itu, permainan, menyanyi, dan latihan juga boleh digunakan .
1. Flashcard Suku Kata
2. Permainan
sebut huruf-huruf yang ditunjukkan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMpnieSO5RJtZjVizSEVTMC7H_tGkZhfVKVviwi4qsoRea9VodLNeHmRheYbjk6Ha1XBUIWUpZexnNip2Lg4FbdIUnFVtyaU6UyRuSKJkeRKIycWObx8jP6LZMjSUZEuJo9SbnSbZjdfzz/s320/game+huruf.jpg) |
permainan yang disukai kanak-kanak dalam aktiviti belajar |