Suasana Kelas

Wednesday 14 November 2012

Nyanyian Kanak-Kanak

Jom Nyanyi ! :)

Nyanyian memainkan peranan penting kerana ia menaikkan semangat pelajar untuk belajar . Di zaman sekarang, telah banyak lagu yang diciptakan untuk melahirkan generasi yang mahu belajar, bersemangat dan juga mewujudkan suasana belajar yang ceria.

contoh lagu dalam pembelajaran mengira :

Mari Mengira


Belajar ABC


Belajar Membaca

Mari Belajar Membaca 

Mengajar kanak-kanak membaca ada cabarannya yang tersendiri. Bukan semua individu sanggup melakukannya . Mengajar kanak-kanak membaca pun macam tu. Sentiasa ingat, kita bukan buat 'magic'.. mustahil boleh buat mereka membaca dalam sekelip mata. Jadi, ambillah masa, belajar untuk bersabar dan yang paling penting istiqamahlah. Teruskan usaha.. hari demi hari. InsyaAllah, bila lihat kesungguhan kita, Allah yang Maha Mengasihani tentu akan menunaikan hasrat kita untuk melihat anak-anak comel ini membaca.

Kaedah Yang Boleh Digunakan

Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca.
1.     JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca.
2.     JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan.
3.     JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca.
4.     JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.
5.     JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal.
Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak membaca mengikut kaedah fonetik? Membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan proses awal berikut; Memperkenalkan bunyi secara sistematik
1.     anak-anak perlu tahu bunyi huruf – iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang diajarkan
2.     anak-anak perlu kenal huruf – iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut
3.     anak-anak dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.

Selain itu, permainan, menyanyi, dan latihan juga boleh digunakan .

1. Flashcard Suku Kata














2. Permainan



        sebut huruf-huruf yang ditunjukkan

permainan yang disukai kanak-kanak dalam aktiviti belajar







Belajar Mengira

Mari Belajar Mengira

Banyak kaedah yang telah diperkenalkan kepada murid prasekolah untuk lebih memahami dunia matematik. Contohnya, gambar di bawah ini :

ini adalah contoh kaedah yang digunakan oleh guru tersebut.

Kaedah Pemahaman Yang Lain

Antara kaedah yang digunakan supaya murid lebih memahami konsep pengiraan ialah beri lebih banyak latihan . Selain itu boleh juga bermain dengan "flashcard" yang dibuat sendiri oleh guru . Perlu diselitkan dengan sedikit hiburan supaya mereka akan terus berminat untuk belajar mengira .



1. Contoh latihan yang boleh diberikan 


2. Flashcard













3. Permainan




Tuesday 13 November 2012

Suasana Kelas

Suasana di dalam kelas

Suasana didalam kelas boleh membangkitkan semangat pelajar dan menceriakan suasana pembelajaran.
Bilik darjah yang ceria dan cantik adalah pencetus perubahan minda pelajar. Mereka tertarik dengan keindahan yang sempurna yang diilhamkan oleh guru-guru kreatif. Bilik darjah pilihan adalah bilik darjah yang dihias cantik, indah dan ceria. Semoga ruangan ini menjadi ilham kepada guru-guru kreatif yang lain bagi menceriakan kelas masing-masing. Sesungguhnya pengorbanan masa dan tenaga membuahkan hasil yang sungguh lumayan.

perkembangan fizikal
ruang belajar


estetika

ruang bacaan
sains teknologi

Monday 12 November 2012

Matlamat Pendidikan Prasekolah


MATLAMAT KURIKULUM STANDTARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Menurut Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah,Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi individu kanak kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan,kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

OBJEKTIF
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani,emosi dan sosial,intelek dan rohani.

TUNJANG PRASEKOLAH
  • TUNJANG KOMUNIKASI
  • TUNJANG KEROHANIAN,SIKAP DAN NILAI
  •  TUNJANG KETRAMPILAN DIRI-PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
  • TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA
  • TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI
  •  TUNJANG KEMANUSIAAN