Suasana Kelas

Monday 12 November 2012

Matlamat Pendidikan Prasekolah


MATLAMAT KURIKULUM STANDTARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Menurut Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah,Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi individu kanak kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan,kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

OBJEKTIF
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani,emosi dan sosial,intelek dan rohani.

TUNJANG PRASEKOLAH
  • TUNJANG KOMUNIKASI
  • TUNJANG KEROHANIAN,SIKAP DAN NILAI
  •  TUNJANG KETRAMPILAN DIRI-PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
  • TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA
  • TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI
  •  TUNJANG KEMANUSIAAN




No comments:

Post a Comment